Selasa, 28 Oktober 2008

Tipikal

Poning baco blog-blog pembangkang ni. Hujah dari segi fakta eh takde. Semuanya berdasarkan andaian dan ramalan termasuklah fitnah. Raso eh admin blog pembangkang ni kebanyakannya bekas bomoh yang kamceng dengan jin dan setan. Takpun jenis tipikal Melayu kuno yang terkenal dengan sifat suka mengadu domba dan reka cerita sana-sini. Fitnahlah yang menjatuhkan Melaka..masih lagi taknak buat pedoman? Sukati lah labu sayung....

Ahad, 26 Oktober 2008

LKY Sepatutnya PM Ke-2 Malaysia?

Tunku terpaksa melepaskan Singapura bukanlah disebabkan kekacauan yang ditimbulkan oleh LKY and the geng. Sebenarnya Tunku membuat keputusan itu disebabkan arahan Ratu England supaya beliau menyerahkan jawatan PM kepada LKY dalam tempoh 10 tahun sebagaimana ditetapkan Bristish. Semua sedia maklum antara pra syarat kemerdekaan Tanah Melayu ialah negara ini mesti berada dalam keadaan aman damai dalam tempoh 10 tahun. Jadi bagi mengelakkan negara berada dalam keadaan huru hara jika jawatan PM diserahkan kepada LKY, maka Tunku telah membuat keputusan untuk melepaskan Singapura. Nasib baik arahan Ratu England itu tidak diketahui oleh LKY. Kalau tidak, entah bagaimanalah nasib orang Melayu sekarang ni.

Jumaat, 24 Oktober 2008

Mercedes atau Perdana?

Ku Lee mencabar DM untuk jawatan Presiden Pekembar disebabkan tidak setuju dengan Dasar Pembangunan Nasional yang dipelkenalkan DM bagi menggantikan DEB. Hujah Ku Lee boleh diumpamakan sebegini, "Lebih baik semua orang Melayu pakai kereta Perdana daripada hanya seorang sahaja Melayu pakai kereta Mercedes". DM pula berpendapat "Lebih baik seorang Melayu pakai kereta Mercedes supaya orang Melayu itu dapat membantu Melayu lain sehingga berjaya pakai kereta Mercedes juga". Entahlah, rasanya kedua-dua pendapat pun boleh diterima pakai. Bagaimana dengan anda?

Rabu, 22 Oktober 2008

Semangat Tahun 1946

Ku Lee and geng pada asalnya tidaklah mahu menubuhkan Semangat 46. Tetapi apabila Pekembar Baru didaftarkan semula selepas diharamkan, DM membuat keputusan untuk tidak meluluskan pendaftaran keahlian mereka. Disebabkan risau bekas ahli-ahli Pekembar yang tidak diterima masuk ini join parti pembangkang, maka Tunku mencadangkan agar ditubuhkan sebuah parti untuk mengumpulkan semua bekas ahli Pekembar itu. Parti itu kemudiannya dinamakan Semangat 46 bersempena tahun penubuhan parti keramat Pekembar pada 11 Mei 1946. Tujuan DM tidak menerima keahlian Ku Lee and geng dalam Pekembar Baru adalah untuk mengelakkan parti berpecah belah sepertimana yang berlaku semasa pertandingan merebut jawatan Presiden. Setelah keadaan menjadi reda, parti Semangat 46 dibubarkan dan bekas ahlinya kembali menyertai Pekembar. Kebijaksanaan Tunku telah berjaya mengelakkan bekas tokoh-tokoh hebat Pekembar ini menyertai parti pembangkang.

Isnin, 20 Oktober 2008

Talam Dua Muka

Dalam sebuah seminar di Kuala Lumpur, Sabeli Cek dan pegawai khasnya beria-ia mengutuk DM. Pegawai khasnya mempertikaikan pembinaan KLCC dan Putrajaya yang kononnya tidak memberi manfaat kepada orang Melayu. Kemudian Sabeli Cek menambah, DM banyak cakap saja dan dituduh sering menghabiskan wang negara. Tapi masa dialog dengan Nuar, tak pulak dia kutuk DM malah seperti memuji mantan pemimpin itu dalam perbahasannya. Inilah budaya pemimpin Pekembar. Lepas ni sesiapa saja pemimpin yang sudah tiada kuasa boleh dikutuk sesuka hati oleh pemimpin selepasnya.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Hilang Tanah

Seorang peniaga berbangsa cina pernah bergaduh dengan pegawai Mains disebabkan hal berkaitan tanah. Pegawai itu dikatakan enggan meluluskan permohonan peniaga tersebut dan peniaga cina itu telah mengugut akan melaporkan keengganan pegawai tersebut kepada MB (Mak Budak). Selaku pengerusi MAINS, Mat Hase kemudiannya telah memindahkan tanah tersebut di bawah pengurusan MB Corp. Semua sedia maklum bahawa pengurusan MB Corp adalah sangat meragukan. Tujuan pemindahan tanah itu di bawah pengurusan MB Corp adalah untuk memudahkan urusan dengan peniaga cina tersebut kerana MB Corp tidak pernah diaudit. Kesannya, bertambah kuranglah tanah orang Melayu kerana diberi kepada cina.

Khamis, 16 Oktober 2008

Beli Sokongan

Khabarnya KJ (Kurang Jantan) membayar calon ketua pemuda bahagian Telok Kemang yang juga bekas ADUN Bage Pineng iaitu 5zal sebanyak RM100k secara beransur-unsur. Tujuannya tidak lain adalah untuk meraih sokongan agar dapat mencalonkan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. BPR boleh tolong siasat?

Selasa, 14 Oktober 2008

KJ Gaduh

KJ (Kurang Jantan) pernah bergaduh dengan Mat Hase di Pejabat MB (Mak Budak). Puncanya sebab Mat Hase mengeluarkan kenyataan yang tidak memihak kepada Pak Mertua KJ. Khabarnya mereka berdua saling bermakian dan menjerit-jerit. Nasib baik ada orang tolong leraikan.

Ahad, 12 Oktober 2008

Trap

Pak Ye, mantan ADUN Empangan dan mantan exco kerajaan n9 khabarnya cuba nak perangkap Penghulu Wey dengan rasuah. Pak Ye kini merupakan gandingan Tok Sahack untuk bertanding jawatan timbalan ketua bahagian Somban. Pak Ye dikatakan cuba mengatur pertemuan dengan Penghulu Wey di sebuah kedai di Lavender Height Seremban pada jam 1 pagi. Penghulu Wey merasa curiga dan cuba menghantar pengintip ke tempat tersebut. Akibat takut, Penghulu Wey telah menelefon Pak Ye mengatakan dia tidak dapat hadir. Sebaik meletakkan telefon, beberapa orang yang dikenalpasti sebagai BPR telah datang ke meja Pak Ye dan berbual akibat gagal mengenakan Penghulu Wey. Tak sangka den Pak Ye dah ikut perangai Sahack. Apo pontingnya Penghulu Wey ni?

Jumaat, 10 Oktober 2008

Badut Somban

Tok Sahack iaitu salah seorang calon KB Somban memang seorang yang suka berpura-pura. Sebelum balik ke Somban dari mana-mana destinasi, beliau akan memberhentikan keretanya di sesuatu tempat semata-mata untuk menukarkan pakaian mewah yang dipakainya kepada kain pelekat dan baju pagoda. Tujuannya agar dia kelihatan seperti seorang yang 'zuhud' pada pandangan orang ramai. Antara ayat yang sering digunakan beliau ialah "Ada orang beritahu saya...ada orang SMS saya"..padahal tiada siapa pun sms atau beritahu dia. Beliau memperdayakan masyarakat setempat dengan mengutarakan isu-isu sensasi yang tiada kena mengena dengan kawasan yang diwakilinya (DUN Lenggang Kangkung). Tujuannya agar orang ramai tidak membicarakan mengenai kawasannya yang masih lagi mundur akibat kegagalannya menjalankan tanggung jawab sebagai wakil rakyat walaupun sudah lama berkhidmat. Tapi yang ajaibnya, masih ada orang yang percaya dengan autanya itu.

Rabu, 8 Oktober 2008

Caj Temujanji

Minimum bayaran untuk membuat temujanji dengan Pak Lahai ialah RM15 ke RM50 ribu bergantung kepada nilai proposal yang ingin dikemukakan kepada PM (Penat Membuta). Caj ini dikenakan oleh orang yang bekerja di tingkat 4 pejabat PM. Ku Lee telah mengesahkan perkara ini apabila ramai usahawan datang mengadu kepadanya. Itu baru caj untuk membuat temujanji dan belum lagi caj bila dah dapat projek.

Isnin, 6 Oktober 2008

PM Sebenar

Sahabat-sahabat Pak Lahai sering merungut kerana semenjak menjadi PM (Penat Membuta), beliau tidak lagi mengendahkan mereka. Apabila mereka berjumpa Pak Lahai untuk mengadu berkenaan cakap-cakap orang mengenai kaum kerabatnya, telinga Pak Lahai akan bertukar merah dan mukanya menjadi merah padam. Beliau akan memarahi sahabat yang datang mengadu kepadanya itu. Difahamkan beliau tidak kisah atas apa juga kritikan terhadapnya tetapi amat marah jika disentuh hal berkaitan kaum kerabatnya. Apabila terserempak dengan sahabat-sahabatnya dalam sesebuah majlis, perkataan yang sering ditanya Pak Lahai.."Dah jumpa KJ? (Kurang Jantan)". Ini mengesahkan bahawa KJ merupakan penasihat utama Pak Lahai seperti yang sering diperkatakan ramai.

Ahad, 5 Oktober 2008

Bunuh Semuanya

Jika Sami Belu tak suka dengan soalan yang ditanyakan seseorang kepadanya, maka orang itu pasti akan mengalami nasib malang. Biasanya sebelum 'blah' masuk dalam kereta, Sami Belu akan 'sound' ketua kawasan tempat dia datang tu, "I give you 2 days to kill him (the person who ask Q)".

Senjata

Semasa ingin membuat keputusan membeli peralatan senjata untuk Malaysia, Menteri Pertahanan dan pegawai tentera telah membuat pembentangan panjang lebar kepada DM akan kehebatan peralatan senjata yang ingin dibeli. Sebaik selesai hujah mereka, DM hanya menanyakan satu soalan "Peluru dan bom apa yang boleh memusnahkan peralatan tersebut?" Setelah dikaji maka mereka memaklumkan kepada DM peluru jenis sekian..sekian dapat memusnahkannya. Kemudian DM telah menanyakan satu lagi soalan "Negara mana yang memiliki peluru dan bom tersebut?" Setelah disiasat, kebanyakan negara jiran kita memiliki peluru dan bom tersebut. Soal DM, "Jadi apa hebatnya kalau kita beli peralatan senjata ini?" Maka kajian telah dibuat semula untuk mencari peralatan senjata yang baru yang tidak dapat dimusnahkan oleh musuh.

Kena Siasat

Mat Hase dah 10 kali disiasat BPR walaupun baru 5 tahun jadi MB (Mak Budak). Nampaknya dia dah pecahkan rekod Ise yang disiasat BPR hanya 3 kali dalam masa 22 tahun pegang jawatan.

Hackers

Setiap 15 min masa berlalu, sistem pertahanan komputer kita di MINDEF KL kena hack. Siapa yang hack agaknya?

Surat 2

Selepas Nuar kena pecat, Che Det telah menerima surat daripada LKY yang berbunyi, "Saya berasa sangat dukacita kerana anda baru tahu tentang perkara ini (leewat)". Rupanya risikan Singapura dan lama tahu pasal Nuar ni. Mesti mereka nak gunakan maklumat tu sebagai senjata jika Nuar jadi PM (Peliwat Melayu).

Surat 1

Tahun 1990an dulu Jijah pernah tulis surat pada DM untuk meminta beliau memujuk Nuar agar menceraikannya. Tapi DM tak layan, "Keluarga hang, hang setel sendiri". Kalau betul kisah ni, maka orang akan tanya pulak kenapa Jijah masih bersama Nuar? Sebab nak jaga maruah dan air muka anak-anak yang sangat percaya pada ayahnya itu. Jijah meminta DM jangan aibkan keluarganya, tapi DM tak boleh buat apa-apa sebab berita itu dah jadi bualan ramai. Bagi memastikan anak-anaknya tidak memandang serong pada ayah sendiri, maka Jijah terpaksa kekal bersama Nuar hingga kini. Kalau dia bercerai dgn Nuar, maka secara tidak langsung orang akan anggap tuduhan terhadap Nuar itu benar. Dikhabarkan juga Ijah kalo pergi parlimen akan masuk ikut pintu belakang kerana malas nak terserempak dengan wartawan yang akan bertanya tentang ayahnya. Anak lelaki Nuar pun dah lama menghilang.

Calar Balar

Keadaan belakang badan Ajijah dilaporkan sama dengan belakang badan Sepol. Kedua2 terdapat kesan lebam dan calar balar akibat akitiviti leewat ganas Nuar. Sepol mungkin la dah terlepas, tapi Ajijah...nasib badan. Sebab Saiful bikin report terhadap Nuar? Sebab jeles Nuar ada 'jambu' baru.

Salam Muhibbah

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang Menguasai hari pembalasan.
Hanya Kau yang ku sembah dan kepada Kau aku memohon pertolongan.
Tunjukkan lah kami jalan yang lurus,
Yakni jalan yang telah Engkau berikan nikmat ke atas mereka.
Bukan mereka yang Kau murkai,
Dan bukan pula mereka yang telah sesat.

Amin.