Memaparkan catatan dengan label Pekembar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pekembar. Papar semua catatan

Khamis, 2 April 2009

Surat TDM

"Tunku tidak menafikan tuduhan bahawa beliau bermain judi semasa ketegangan 13 Mei 1969. Pada ketika itu, surat Dr. Mahathir semakin dicari orang, semakin berharga dan semakin meyakinkan. Nama Dr. Mahathir menjulang bersama api kemarahan yang menerangi langit malam Kuala Lumpur dan meledakkan suatu perasaan dan harapan baru di seluruh negara. Api itu selama ini hanya membara dalam sekam." - Zainuddin Maidin

Sabtu, 20 Disember 2008

Khir Toys Jawa

Dikhabarkan semasa Khir Toys menjadi MB, ramai orang-orang Jawa Indonesia yang berkahwin dengan orang Melayu Selangor telah dianugerahkan hak istimewa Melayu. Selain itu dikhabarkan juga kebanyakan pegawai2 bawahan Khir Toys ini dipastikan atau diwajibkan berketurunan Jawa. Difahamkan kekalahan BN di Selangor adalah disebabkan kemarahan rakyat Selangor kepada Khir Toys sebelum ini. Seandainya Khir Toys menjadi Ketua Pemuda Pekembar, adakah geng Pemuda juga akan dipenuhi oleh orang-orang Jawa?

Khamis, 27 November 2008

Legal Right - Moral Wrong

Difahamkan Khiri Toyo telah mengambil bonus sebanyak RM100,000 daripada keuntungan PKNS. Khiri Toyo turut mengatakan pengambilan bonus itu tidak salah dan halal untuknya sebagai Pengerusi badan itu. Tidaklah diketahui sama ada maksud halal bagi Khiri Toyo itu mengikut logo Jakim atau tidak, tapi bak kata DM ia tidak salah pada undang-undang tapi salah pada prinsip moral.

Selasa, 25 November 2008

Macamana nak layan Pok Loh selepas ni?

Jika Tok Sahack kembali memegang jawatan Ketua Pekembar Bahagian Seremban sekiranya rayuan Md Nor Awang Selamat ditolak oleh MT, maka selepas ini Tok Sahack akan setaraf dengan dengan Pok Loh. Semua sedia maklum selepas Mac 2009 Pok Loh akan menjadi mantan Presiden Pekembar tetapi masih memegang jawatan Ketua Pekembar Bahagian Kepala Batas. Entah apa la motifnya masih nak pegang jawatan lepas bersara sebagai Presiden. Adakah Pok Loh masih berniat nak bertanding semula jawatan Presiden suatu hari nanti atau kerana masih tidak dapat menerima hakikat dipaksa bersara awal oleh ahli Pekembar. Gilo koso sungguh.

Ahad, 23 November 2008

Taktik Kotor KJ

Kesian Hanapi kerana dipaksa duduk oleh orang-orang KJ semasa ingin mencalonkan Mukhriz sebagai Ketua Pemuda Pekembar di Mesyuarat Bahagian Pekembar Rembau baru-baru ini. Beliau disorak oleh orang-orang KJ apabila cuba bercakap di mikrofon, manakala Pengerusi Tetap hanya buat tidak dengar sahaja cadangan Hanapi. KJ difahamkan menang tanpa bertanding untuk pencalonan Ketua Pemuda Pekembar kerana cadangan untuk nama lain ditutup sebaik sahaja nama beliau dicalonkan. Sebelum itu juga dikhabarkan mesyuarat bahagian Rembau yang dijadualkan lebih awal telah ditangguhkan ke tarikh akhir kerana ada ura-ura pemuda Rembau tidak akan mencalonkan KJ ke jawatan Ketua Pemuda Pekembar. Itulah KJ yang sebenar. Takut ka bro?

Rabu, 22 Oktober 2008

Semangat Tahun 1946

Ku Lee and geng pada asalnya tidaklah mahu menubuhkan Semangat 46. Tetapi apabila Pekembar Baru didaftarkan semula selepas diharamkan, DM membuat keputusan untuk tidak meluluskan pendaftaran keahlian mereka. Disebabkan risau bekas ahli-ahli Pekembar yang tidak diterima masuk ini join parti pembangkang, maka Tunku mencadangkan agar ditubuhkan sebuah parti untuk mengumpulkan semua bekas ahli Pekembar itu. Parti itu kemudiannya dinamakan Semangat 46 bersempena tahun penubuhan parti keramat Pekembar pada 11 Mei 1946. Tujuan DM tidak menerima keahlian Ku Lee and geng dalam Pekembar Baru adalah untuk mengelakkan parti berpecah belah sepertimana yang berlaku semasa pertandingan merebut jawatan Presiden. Setelah keadaan menjadi reda, parti Semangat 46 dibubarkan dan bekas ahlinya kembali menyertai Pekembar. Kebijaksanaan Tunku telah berjaya mengelakkan bekas tokoh-tokoh hebat Pekembar ini menyertai parti pembangkang.

Isnin, 20 Oktober 2008

Talam Dua Muka

Dalam sebuah seminar di Kuala Lumpur, Sabeli Cek dan pegawai khasnya beria-ia mengutuk DM. Pegawai khasnya mempertikaikan pembinaan KLCC dan Putrajaya yang kononnya tidak memberi manfaat kepada orang Melayu. Kemudian Sabeli Cek menambah, DM banyak cakap saja dan dituduh sering menghabiskan wang negara. Tapi masa dialog dengan Nuar, tak pulak dia kutuk DM malah seperti memuji mantan pemimpin itu dalam perbahasannya. Inilah budaya pemimpin Pekembar. Lepas ni sesiapa saja pemimpin yang sudah tiada kuasa boleh dikutuk sesuka hati oleh pemimpin selepasnya.

Ahad, 12 Oktober 2008

Trap

Pak Ye, mantan ADUN Empangan dan mantan exco kerajaan n9 khabarnya cuba nak perangkap Penghulu Wey dengan rasuah. Pak Ye kini merupakan gandingan Tok Sahack untuk bertanding jawatan timbalan ketua bahagian Somban. Pak Ye dikatakan cuba mengatur pertemuan dengan Penghulu Wey di sebuah kedai di Lavender Height Seremban pada jam 1 pagi. Penghulu Wey merasa curiga dan cuba menghantar pengintip ke tempat tersebut. Akibat takut, Penghulu Wey telah menelefon Pak Ye mengatakan dia tidak dapat hadir. Sebaik meletakkan telefon, beberapa orang yang dikenalpasti sebagai BPR telah datang ke meja Pak Ye dan berbual akibat gagal mengenakan Penghulu Wey. Tak sangka den Pak Ye dah ikut perangai Sahack. Apo pontingnya Penghulu Wey ni?

Jumaat, 10 Oktober 2008

Badut Somban

Tok Sahack iaitu salah seorang calon KB Somban memang seorang yang suka berpura-pura. Sebelum balik ke Somban dari mana-mana destinasi, beliau akan memberhentikan keretanya di sesuatu tempat semata-mata untuk menukarkan pakaian mewah yang dipakainya kepada kain pelekat dan baju pagoda. Tujuannya agar dia kelihatan seperti seorang yang 'zuhud' pada pandangan orang ramai. Antara ayat yang sering digunakan beliau ialah "Ada orang beritahu saya...ada orang SMS saya"..padahal tiada siapa pun sms atau beritahu dia. Beliau memperdayakan masyarakat setempat dengan mengutarakan isu-isu sensasi yang tiada kena mengena dengan kawasan yang diwakilinya (DUN Lenggang Kangkung). Tujuannya agar orang ramai tidak membicarakan mengenai kawasannya yang masih lagi mundur akibat kegagalannya menjalankan tanggung jawab sebagai wakil rakyat walaupun sudah lama berkhidmat. Tapi yang ajaibnya, masih ada orang yang percaya dengan autanya itu.

Isnin, 6 Oktober 2008

PM Sebenar

Sahabat-sahabat Pak Lahai sering merungut kerana semenjak menjadi PM (Penat Membuta), beliau tidak lagi mengendahkan mereka. Apabila mereka berjumpa Pak Lahai untuk mengadu berkenaan cakap-cakap orang mengenai kaum kerabatnya, telinga Pak Lahai akan bertukar merah dan mukanya menjadi merah padam. Beliau akan memarahi sahabat yang datang mengadu kepadanya itu. Difahamkan beliau tidak kisah atas apa juga kritikan terhadapnya tetapi amat marah jika disentuh hal berkaitan kaum kerabatnya. Apabila terserempak dengan sahabat-sahabatnya dalam sesebuah majlis, perkataan yang sering ditanya Pak Lahai.."Dah jumpa KJ? (Kurang Jantan)". Ini mengesahkan bahawa KJ merupakan penasihat utama Pak Lahai seperti yang sering diperkatakan ramai.