Rabu, 5 November 2008

Anwar dan Wartawan Asing..

1. Semasa Anwar menjadi pemangku Perdana Menteri dahulu, dia telah memanggil Roger Mitton iaitu seorang wartawan Asiaweek untuk membuat liputan mengenai dirinya.

2. Hakikatnya sebelum itu Roger Mitton tidak pernah menulis sebarang kebaikan tetapi lebih banyak kutukan mengenai Malaysia.

3. Namun Anwar telah memberi ruang kepada Roger Mitton membuat liputan mengenai tugasnya sepanjang hari bermula seawal 7.00 am hingga jam 11.00 pm dan perkara ini pernah membuatkan wartawan tempatan berkecil hati kerana ruang yang terlalu luas diberikan oleh seorang pemimpin negara kepada wartawan asing.

4. Laporan berkenaan Anwar telah diterbitkan selepas itu di dalam Asiaweek keluaran 20 Oktober 1995 dengan tajuk “POWER PLAY: When will Anwar succeed Mahathir?”

5. Dalam tulisan Roger Mitton tersebut jelas beliau menyokong dan memuji Anwar selaku pemangku Perdana Menteri, padahal hanya 2 bulan saja Anwar memangku jawatan itu (Mat Saleh pun pandai jek Anwar).

6. Lynette Clemetson, wartawan dari majalah Newsweek Amerika juga turut memuji Anwar semasa beliau menjadi pemangku Perdana Menteri.

7. Dalam laporannya, Lynette Clemetson menulis yang Anwar kononnya berjaya membawa perubahan politik dalam tempoh 2 bulan memangku jawatan Perdana Menteri kerana memperkenalkan dasar antikorupsi serta mengamalkan cara syura dalam membuat keputusan; berbeza dengan Mahathir yang dikatakan sering membuat keputusan sendiri (Eleh..Mat Saleh pun boleh puji cara-cara Islam konon. Piirrahhh!)

1 ulasan:

ababina328 berkata...

Memanglah kalau dah tak suka tu, tak ada yang elok.........cara yang betul ialah ..perjuangkan kebenaran,
jangan membenci membabi buta.....