Kesian Hanapi kerana dipaksa duduk oleh orang-orang KJ semasa ingin mencalonkan Mukhriz sebagai Ketua Pemuda Pekembar di Mesyuarat Bahagian Pekembar Rembau baru-baru ini. Beliau disorak oleh orang-orang KJ apabila cuba bercakap di mikrofon, manakala Pengerusi Tetap hanya buat tidak dengar sahaja cadangan Hanapi. KJ difahamkan menang tanpa bertanding untuk pencalonan Ketua Pemuda Pekembar kerana cadangan untuk nama lain ditutup sebaik sahaja nama beliau dicalonkan. Sebelum itu juga dikhabarkan mesyuarat bahagian Rembau yang dijadualkan lebih awal telah ditangguhkan ke tarikh akhir kerana ada ura-ura pemuda Rembau tidak akan mencalonkan KJ ke jawatan Ketua Pemuda Pekembar. Itulah KJ yang sebenar. Takut ka bro?
2 ulasan:
Salam pekembar.....
Benarkah apa yang kamu tulis ini?
Betul-betul kah terdapat Pemuda Berani Berubah di Rembau?
ya betul akusayangumno. ada pemuda berani yg disenyapkan.
Catat Ulasan