Pernah aku terbaca dulu dalam kitab hikayat hindu lama yang percaya bahawa dewa-dewa mereka lebih dulu wujud daripada Adam & Eve. Kisahnya bermula semasa Adam sedang dibentuk daripada tanah, malaikat (angel dalam kitab tu) yang nak buat bentuk badan manusia tapi manjang tak jadi je. Ada yang tangan banyaklah, ada yang hidung macam belalai gajah la, ada yang berekor la, ada muka monyet tapi badan manusia dan pelbagai lagilah. Bermacam2 ukiran wajah dan bentuk tubuh direject sehinggalah terbentuknya wajah manusia seperti sekarang. Bentuk2 yang tak jadi sebelum tu dicampak semula ke bumi dan kononnya berubah menjadi dewa yang kini disembah oleh penganut hindu. Jadi tidak hairanlah dewa2 mereka ada bermacam bentuk dan rupa. Benar atau tidak hikayat tu atau sama ada masyarakat hindu tahu berkenaannya, tidaklah dapat dipastikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan