Sabtu, 6 Disember 2008

Ketua Pembangkang Mana?

Update Komen Nuar selepas 24 jam berlaku peristiwa. Memang prihatin:-

Saya terkejut dengan khabar berita tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa awal pagi tadi. Sepanjang ingatan saya, ini tragedi kali ketiga selepas rebahnya Highland Towers pada Disember 1993 dan juga di Ukay Views beberapa tahun yang lalu.

Hal yg diprihatinkan ialah samada kecuaian yang dikenalpasti dalam bencana Highland Towers berulang. Arahan baru agar dihentikan semua projek pembangunan dilereng bukit bukan perkara baru. Kekhuatiran kita ialah seandainya ketamakan mengatasi kewarasan, nyawa dan harta menjadi kurban.

Isunya bukan sekadar pembangunan dilereng bukit, tetapi kelulusan yang mengenepikan pertimbangan keselamatan dan persekitaran.

Ucapan takziah saya rakamkan atas pemergian 10 orang mangsa yang terkorban dalam bencana tersebut. Sama-samalah kita berdoa agar Allah s.w.t. mencucurkan rahmat ke atas roh mereka dan mempermudahkan urusan pasukan keselamatan dalam menjalankan usaha mencari dan menyelamat.

ANWAR IBRAHIM


Original Posting:-

Nuar tak komen pasal tanah runtuh di bukit antarabangsa tu ke? Sibuk plak ceramah kat orang Indon. Apa la punya ketua pembangkang. Lambat bertindak. Kalo dia jadi PM pun agaknya sama macam Pakloh. Asik pegi luar negara je kejanya.

Tiada ulasan: