Suko lak den baco ayat posting2 di blog Nuar Sawai ni. Den tak berapo paham apo yg dimaksudkan. Tapi ayat dio sojak mulo den follow Nuar 18 tahun dulu sampai skrg samo yolah ayat bombastik dio. Contoh eh..
"Saya mulakan dengan kupasan akan peri pentingnya pemerkasaan rakyat melalui wacana terbuka yang berteraskan kekuatan dan kelazatan ilmu."
Tak tau lak den ilmu tu lazat. Camno agak eh raso. Apo maksud pemerkasaan rakyat melalui wacana terbuka? Yolah den tak skolah tinggi, tak paham bonar doh. Lagi satu contoh ayat..
"Perubahan memerlukan komitmen yang tuntas dan berlandaskan kesedaran murni bagi membebaskan negara dari kebobrokan yang sudah lama mengakar. Keboborokan yang mereput ini serta kesediaan beliau untuk melintas sempadan kepartian demi menyokong usaha.."
Ayat gilo bobrok reput. Cam yo yo all je. Cakap Nuar berkenaan ekonomi pulak...
"Apa yang pasti, kalangan muda perlu memiliki keinsafan dan mengakui bahawa krisis ekonomi global tidak mampu dibendung tanpa tindakan internal yg mantap. Saranan saya, kita harus mulai memikirkan kemungkinan untuk mengasaskan satu sistem kewangan yang lebih kuat dan kukuh."
Setakat cakap camtu sumo orang buleh. Tapi macamano nak asaskan sistem kewangan kukuh dengan internal yang mantap tu? Habaq mai skit.
Kesimpulan eh..sojak den tau sapo Nuar sampai la ni..ayat dio tak habih2 bombastik yor lobih tanpo sebarang isi. Maklumlah budak Pengajian Melayu. Propa je pandey...
Perubahan apa Bang Non?
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan