Isnin, 6 Oktober 2008

PM Sebenar

Sahabat-sahabat Pak Lahai sering merungut kerana semenjak menjadi PM (Penat Membuta), beliau tidak lagi mengendahkan mereka. Apabila mereka berjumpa Pak Lahai untuk mengadu berkenaan cakap-cakap orang mengenai kaum kerabatnya, telinga Pak Lahai akan bertukar merah dan mukanya menjadi merah padam. Beliau akan memarahi sahabat yang datang mengadu kepadanya itu. Difahamkan beliau tidak kisah atas apa juga kritikan terhadapnya tetapi amat marah jika disentuh hal berkaitan kaum kerabatnya. Apabila terserempak dengan sahabat-sahabatnya dalam sesebuah majlis, perkataan yang sering ditanya Pak Lahai.."Dah jumpa KJ? (Kurang Jantan)". Ini mengesahkan bahawa KJ merupakan penasihat utama Pak Lahai seperti yang sering diperkatakan ramai.

2 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Anakku,

Memang sebagai manusia kita semua secara fitrah akan sayang pada saudara sedarah kita. Bukan Pak Lah sorang saja.

Apa apa pun bertenanglah kita semua. Kita baru rayakan Hari Raya AidilFitri, Pak Lah pun baru saja mohon maaf pada kita semua..Kita dah mohon maaf ke pada dia?

InsyaAllah, Mak Cik rasa Pak Lah akan undur juga bila tiba masanya. Bersabarlah dan akurlah bahawa DIA adalah Pemimpin kita masa sekarang dan buat sementara ini kita kena hormat pada dia.

Maaf Mak Cik singgah ke blog kamu tanpa Izin.

pekembar berkata...

Waalaikummussalam. Selamat datang makcik. Saya cuma menyampaikan apa yang didengar sendiri rungutan daripada sahabat2 paklah semasa perjumpaan dengan mereka. Ini yang mereka kata dan bukannya saya. Sebagai pemimpin, saya tetap menghormatinya. Terima kasih kerana mengunjungi.