Ahad, 5 Oktober 2008

Senjata

Semasa ingin membuat keputusan membeli peralatan senjata untuk Malaysia, Menteri Pertahanan dan pegawai tentera telah membuat pembentangan panjang lebar kepada DM akan kehebatan peralatan senjata yang ingin dibeli. Sebaik selesai hujah mereka, DM hanya menanyakan satu soalan "Peluru dan bom apa yang boleh memusnahkan peralatan tersebut?" Setelah dikaji maka mereka memaklumkan kepada DM peluru jenis sekian..sekian dapat memusnahkannya. Kemudian DM telah menanyakan satu lagi soalan "Negara mana yang memiliki peluru dan bom tersebut?" Setelah disiasat, kebanyakan negara jiran kita memiliki peluru dan bom tersebut. Soal DM, "Jadi apa hebatnya kalau kita beli peralatan senjata ini?" Maka kajian telah dibuat semula untuk mencari peralatan senjata yang baru yang tidak dapat dimusnahkan oleh musuh.

Tiada ulasan: