Rabu, 22 Oktober 2008

Semangat Tahun 1946

Ku Lee and geng pada asalnya tidaklah mahu menubuhkan Semangat 46. Tetapi apabila Pekembar Baru didaftarkan semula selepas diharamkan, DM membuat keputusan untuk tidak meluluskan pendaftaran keahlian mereka. Disebabkan risau bekas ahli-ahli Pekembar yang tidak diterima masuk ini join parti pembangkang, maka Tunku mencadangkan agar ditubuhkan sebuah parti untuk mengumpulkan semua bekas ahli Pekembar itu. Parti itu kemudiannya dinamakan Semangat 46 bersempena tahun penubuhan parti keramat Pekembar pada 11 Mei 1946. Tujuan DM tidak menerima keahlian Ku Lee and geng dalam Pekembar Baru adalah untuk mengelakkan parti berpecah belah sepertimana yang berlaku semasa pertandingan merebut jawatan Presiden. Setelah keadaan menjadi reda, parti Semangat 46 dibubarkan dan bekas ahlinya kembali menyertai Pekembar. Kebijaksanaan Tunku telah berjaya mengelakkan bekas tokoh-tokoh hebat Pekembar ini menyertai parti pembangkang.

Tiada ulasan: